"Petanda-Petanda Jangkitan Virus!"
Virus boleh bertahan agak lama tanpa dikesan. Hasilnya ialah virus akan memberikan
petanda-petanda sebelum ia menyerang. Perisian antivirus adakalanya tidak dapat mengesan
jangkitan ini tetapi adakalanya ia memberikan beberapa kesan kehadiran mereka.

Berikut adalah beberapa petanda untuk anda perhatikan :
Perubahan dalam saiz fail.
Perubahan pada tarikh fail walaupun fail itu tidak diubahsuai.
Program mengambil masa yang agak lama untuk dijalankan.
Operasi sistem yang perlahan.
Pengurangan ruang cakera keras dan memori yang tidak dapat dikesan puncanya.
Sektor rosak pada disket.
Paparan mesej kerosakan yang ganjil.
Aktiviti skrin yang ganjil.
Aturcara tidak dapat dijalankan.
Sistem boot gagal semasa sistem bermula atau semasa memboot daripada pemacu A:
Terdapat aktiviti pencapaian cakera keraas semasa tiada aktiviti sedang berjalan.