Aplikasi MyKad

MyKad mempunyai 8 aplikasi dan menggantikan 2 dokumen utama iaitu kad pengenalan dan lesen memandu.

Kad Pengenalan

MyKad menggantikan Kad Pengenalan berasaskan plastik yang sedia ada. Menggunakan teknologi cip dan biometrik yang berciri keselamatan tinggi, nombor Kad Pengenalan pada MyKad akan dijadikan sebagai kekunci akses kepada aplikasi dan sistem yang lain.

Lesen Memandu

MyKad berfungsi sebagai Lesen Memandu biasa dan menggantikan lesen yang berasaskan kertas. MyKad membantu penguatkuasaan dengan memberikan pegawai penguatkuasa dengan rekod memandu terkini. Agensi yang menggunakan aplikasi ini adalah para pegawai JPJ dan juga Polis Trafik PDRM.

Maklumat Pasport

MyKad merangkumi maklumat Pasport Malaysia untuk memudahkan urusan keluar dan masuk semula ke negara melalui pintu-pintu Imigresen Malaysia. Sungguhpun begitu, MyKad tidak menggantikan pasport, malahan dokumen pasport masih perlu dibawa apabila ke luar negara.

Maklumat Kesihatan

Teknologi MyKad akan memperbaiki diagnosis dan penjagaan kesihatan di dalam perawatan am mahupun kecemasan. Hanya maklumat asas kesihatan dan kritikal sahaja yang dimuatkan di dalam cip MyKad.

E-Tunai (MEPS Cash)

MyKad memudahkan urusan pembayaran untuk kecil di mana ianya diterima. Ini seterusnya meningkatan keefisienan dan kemudahan urusniaga serta kualiti perkhidmatan awam dan pembayaran.

Touch ‘n Go

MyKad adalah kad Touch ‘n Go dan boleh digunakan di semua tempat yang mempamerkan logo Touch ‘n Go sebagai kaedah bayaran di Malaysia. MyKad boleh dugunakan untuk pembayaran tambang perjalanan di lebuhraya, perkhidmatan bas, PUTRA LRT, bayaran letak kereta dan bayaran taman tema.

ATM

Berfungsi sebagai kad ATM, MyKad memudahkan transaksi perbankan. MyKad dengan teknologi cip menggabungkan pelbagai ciri keselamatan seperti pengesahan secara biometrik, keselamatan data dilindungi daripada penipuan dan pengklonan. Dengan adanya aplikasi ATM, pemegang MyKad boleh berurusan dengan terminal ATM untuk mengeluarkan wang tunai, membuat pertanyaan baki, menukar nombor pin dan lain-lain kemudahan yang ditawarkan oleh ATM.

Prasarana Kekunci Awam (PKI)

Prasarana ini akan memberi pemegang MyKad untuk menjalankan urusan perdagangan menerusi internet menggunakan sijil digital. Kesahihan dan integriti data dilindungi dan hanya boleh digunakan oleh pemegang sebenar MyKad itu.

Maklumat Cip

Antara maklumat yang terkandung dalam cip adalah :