-- Dari Administrator --
Yeah Store Lyrics untuk anda!!
Masih terdapat banyak kekurangan lirik lagu dalam store ini. Kami masih memerlukan sumbangan anda
untuk memberikan lirik-lirk lagu lama atau baru sama ada artist dalam Malaysia atau Antarabangsa.
Sumbangan anda amat diperlukan. Anda hantarkan pada email webmaster.

>> Abjad K

Artis : KRU & ADAM AF2
Lagu : TERHANGAT DI PASARAN

Bilang saja berapa mata yang memandang mengekori langkahku
Ini pun baru sahaja ku acah lagak gaya penampilan segakku

Jangan kau buang masa melayan jejaka sekadar petah bicara
Usah rungsingkan fikiran pilihlah aku saja pakar jurusan wanita

Jangan ketinggalan
Tawaran yang istimewa
Kepuasan terjamin
Seratus peratus buatan Malaysia

Dapatkan segera
Sementara masih ada
Ku jantan rebutan
Yang terhangat di pasaran

Ku bisa kecapi segala mimpimu
Merealisasi semua impian hidup
Ku rasa kau sedar
Ku pilihan nyata

Tak henti-henti panggilan berdering untuk merebut peluang bertutur
Belum kira barisan yang beratur hingga ke Singapura menunggu janji temu

Ramai lelaki mengaku ¡¯macho¡¯ tapi hancur hanya omomg kosong
Lainlah aku yang tampan, susuk tubuh menawan.. dapat kau pasti beruntung

Jangan ketinggalan
Tawaran yang istimewa
Kepuasan terjamin
Seratus peratus buatan Malaysia

Dapatkan segera
Sementara masih ada
Ku jantan rebutan
Yang terhangat di pasaran

Ooh.. Ooh.. ku tak sampai hati
Melihat kau rugi menggigit jari
Kerana jika kau lepaskan peluang berharga
Bagai dijamu piranha aku disambar

Ayuh, lekas.. lekas.. sementara masih panas
Terimalah diriku.. gunakan tanpa was-was
Tawaran ditutup bila ku dah dicekup
Pastinya ku calon membuat kau terpegun.. ooohh

Ku bisa kecapi segala mimpimu
Merealisasi semua impian hidup
Ku rasa kau sedar
Ku pilihan nyata


Artis : KHAI DAN ZARINA
Lagu : Cinta Selamanya

Lirik: Khai (Maestro Publishing)

Zarina:
Bila sinar menyinari
Ku rasa lapang dan tenang
Bila ku imbas kembali
Jiwaku kelam dan suram
Geram kisah silam

Khai:
Jangan kau bersedih lagi
Tentang kisah menghantui
Biarkan ia berlalu
Ada rahmat di sebaliknya ini
Kisah silam

Khai:
Cinta kita kian bersemi
mengapa kau masih begini

Zarina:
Ia menghantui
Aku perlu Oh!Cintamu
Aku perlu belaianmu

Khai:
Bila-bila saja...

Zarina:
TUhan tolong aku

Khai:
Aku cinta kepadamu

Zarina:
Sinar sinarkanlah oh! Diriku

Khai:
Moga cinta kita bersatu

Cinta kita bersatu selamanya

 

j