-- Dari Administrator --
--Cerita Atuk--
Semoga anda terhibur dengan cerita-cerita lawak atuk eke..eke..
Jangan sampai jatuh gigi palsu pulak..ok
Gelak sama dia he..hee..hee

Lawak Ramai-ramai
Satu petang kambing sound ayam...
"apalah ko ni ayam, baju lawa tapi tak pakai selipar.."
ayam yang bengang jawab
"ko lagi la...jaanggut panjang alim
konon....seluar taak pakai...tak malu!
Satu hari sedang sepasang lalat makan
tahi tibe-tibe si isteri lalat bersuara "bang, nape
kite hari-hari makan tahi?
si suami jawab " ishhh jangan cakap
bende-bende kotor mase makan....tak baik"
Dikisahkan..seorang buta bertanya
kepada aweknya yang
sedang memimpin tangannya.
" Sayang..betul ker sayang nie ikhlas..!!?"
Lantas...aweknya menjawab..
" Tentulah saya sayang awak"
Kemudian, aweknya pula bertanya..
" Awak rasalah..saya ni cantik tak?"
Kemudian si buta jawab...
" Saya tahu...kalau awak cantik tentulah
awak takkan pilih
saya yang bute ni sebagai pasangan..ehehe!!"
Sebelah kebun Pak Pandir ada kolam
besar. Itik liar banyak.
Pandir cuba nak tangkap, tak dapat. Pandir
celup roti ke dalam kolam lalu makan. Pak
Kadok nampak: " Kau buat apa?" Jawab
Pandir: " Aku cicah roti dengan sup itik"
E-Mail

Seorang lelaki berhibur menghantar email
kepada isterinya tetapi alamat email telah
salah ditaip lalu email tersebut melencong
terus kepada seorang wanita yang baru
kematian suaminya. Selepas membaca email
tersebut wanita tersebut menjerit lalu
pengsan....
Nak tau apa ditulisnya......
Isteriku sayang segalanya telah disiapkan
untuk menunggu kedatanganmu
esok.....Ahhh panas sekali di sini....
Kecemasan

Panggilan kecemasan
Seorang pekerja lelaki bekerja di tingkat 13
Menara KLCC
Tiba-tiba seorang menjerit...
"Omar..Omar..isteri engkau telefon ada kecemasan...!"
Kerana panik, lelaki ini terus meloncat keluar
melalui tingkap...dari tingkat 13 itu.
Ketika di menghampiri tingkat 19, baru dia
teringat bahawa dia tidak ada isteri..
setelah dia menghampiri tingkat 5, baru dia
tersedar yang dia belum berkahwin..
dan ketika dia hampir menyentuh tanah....
barulah
dia sedar yang namanya bukanlah Omar..
Malu giler

Seorang wanita muda telah terbersalin di
dalam sebuah lif. Dier pun malu macam nak
giler dan tak mahu kuar dari lif itu. Pihak
pengurusan bangunan pun memanggil polis,
bomba dan psychologist untuk pujuk dier
keluar. Psychologist tu pun jawab lah, "Cik
keluar lah...apa nak dimalukan..perkara
biasa je ni." Wanita yang terbersalin
itu pun jawab, "Tak mau, tak mau, saya
malu, " Psychologist itu menambah, " Alah
cik...tahun lepas saya ader 1 kes lagi teruk...
pompuan tu beranak dalam longkang!!!"
Mendengarkan kata-kata Psychologist tu jer,
wanita muda itu terus meraung bagai nak giler
lalu berkata, " Yang itu pun saya gak,
uhwaaaaaaa...!!"