Forum


:: Connection terputus :: Antinuke :: Firewall :: Selamatkah Anda ::
Kesan Hackers
:: Menghalang :: Kelemahan Firewall ::


Apabila icon firewall berkelip-kelip Atas
Sekiranya icon Jammer atau Antibo berkelip-kelip ini menunjukkan bahawa
percubaan untuk hacking atau scanning sedang dilakukan. Sekiranya tiada
mesej pop up yang dikeluarkan, ini bermaksud anda masih selamat.

Hackers tersebut tidak berjaya masuk atau berjaya ditendang keluar.
Anda perlu klik icon tersebut dan meminimizenya semula untuk
memberhentikan kelipan icon tersebut.

Walau bagaimanapun, ini bukan bermaksud anda sudah100% selamat.
Sila rujuk perenggan-perenggan seterusnya tentang bagaimana untuk
memastikan bahawa anda sudah selamat sepenuhnya.

Apabila mesej dipaparkan di layar
Sekiranya firewall sudah mengeluarkan pop up mesej yang menyatakan
anda sedang dihack, kemungkinan pencerobohan berlaku adalah lebih tinggi.

Biasanya firewall seperti jammer akan mengatakan bahawa anda sudah
dijangkiti dan memberi anda pilihan untuk memutuskan connection modem
atau meneruskan aktiviti seperti biasa. Pada saat ini, anda tidak perlu terlalu
gelabah atau risau sangat. Dari pengalaman saya, kemungkinan connection
telah berjaya dilakukan adalah sangat kecil.

Saya berani mengatakan bahawa firewall itu sendiri sudah agak gelabah.
Penggunaan dua firewall serentak iaitu AntiBo dan Jammer sebenarnya telah
memaksimakan pertahanan. Seperti yang kita sedari, kedua-duanya cuma
satu program yang tidak dapat menilai kekuatan rakan yang satu lagi.

Memastikan anda sudah selamat Atas
Anda perlu melakukan sesuatu untuk mengurangkan kerisauan tentang
keupayaan hackers tersebut menembusi pertahanan firewall anda. Salah
satu cara yang telah dan sering saya cadangkan ialah dengan menggunakan
program Netmonitor90.

Program ini selalu saya aktifkan apabila kita sedang melakukan pelayaran.
Selepas melihat siapa yang telah melakukan scanning atau cubaan hacking,
saya pasti akan melihat pada menu Netmonitor90 untuk memastikan
connection telah berjaya dilakukan atau tidak. Anda boleh membaca artikel
berkenaan penggunaan Netmonitor90 ini untuk mengetahui cara ia berfungsi
dan bagaimana ia dapat membantu anda.

Apa yang perlu anda lakukan dahulu ialah mengetahui IP hackers tersebut
dari Jammer atau AntiBO.

Sekiranya IP hackers tersebut tercatat pada laporan Netmonitor90 dan
sedang berada dalam status Established, sememangnya connection telah
berjaya dilakukan. Jika dalam keadaan status selain daripada itu, saya
berani mengatakan bahawa ia telah gagal. Jika mereka berjaya melakukan
connection anda boleh memilih untuk melakukan salah satu daripada dua
perkara di bawah:

1. Memutuskan connection modem. Ini dilakukan dengan membawa
penunjuk mouse kepada icon modem connection dan klik butang kanan.
Kemudiannya klik disconnect.

2. Membiarkan sahaja connection tersebut untuk tujuan nuking atau
counter attack.

Sekira connection tidak berjaya dilakukan, anda bolehlah rilek. Tak perlu
risau apa-apa.

Kesan hackers ke atas komputer Atas
a) Hackers yang amatur selalunya menggunakan kepakaran mereka untuk
merosakkan komputer orang lain. Mereka suka melihat mangsa mereka
terpaksa memformat semula cakera keras dan install semula semua program
yang ada.

b) Hackers yang pro pula akan menunjukkan kehandalan mereka masuk
secara senyap ke dalam sesuatu sistem komputer hanya untuk mendapatkan
maklumat. Ini pernah terjadi ke atas NASA dan banyak lagi
kepentingan-kepentingan kerajaan. Apa yang mengkagumkan adalah
keupayaan mereka untuk menhilangkan jejak mereka seolah-olah tiada
pencerobohan yang berlaku.

Laman web kerajaan Malaysia juga pernah diceroboh. Juga keupayaan
hackers yang anti serangan Nato ke Yugoslavia yang telah memasukkan
mesej kepada banyak pengguna internet dunia supaya mengecam pengeboman tersebut.

c) Mereka juga selalu bertindak mengesan segala aktiviti pengguna internet dan menganggu hak peribadi pengguna.

d) Mereka juga telah selalu benar kedengaran merosakkan laman-laman web tertentu yang tidak sealiran dengan mereka.

Cara menghalang Atas
Kepakaran hackers hampir tiada batasnya. Mereka hampir boleh melakukan apa sahaja kepada pengguna-pengguna internet.

Walau bagaimanapun, kegiatan mereka ini boleh dibataskan dengan beberapa cara.
a) Menggunakan program firewall yang dapat mengelakkan penigasegian modem dilakukan. Jadi sebarang cubaan untuk mendapatkan maklumat atau memasuki komputer kita dapat dikurangkan. Antara program firewall yang boleh digunakan adalah seperti AntiBO/NB , Modem Jammer dan Jammer.

b) Pengguna-pengguna komputer boleh melayari laman-laman web internet dengan menggunakan proxy atau anonymous server. Dengan ini segala aktiviti mereka dapat disembunyikan.

c) Web master sesuatu laman juga perlu mempunyai pertahanan untuk mengawal laman mereka. Mereka biasanya menggunakan ftp client yang dapat mencegah pencerobohan.

Kebanyakan program ftp client akan membenarkan penggunaan password. Juga terdapat beberapa program yang dapat menyembunyikan fail-fail penting atas arahan web master berkenaan. Mereka juga biasanya selalu menukar password untuk mengelakkan daripada mudah dikesan. Sekurang-kurangnya ini perlulah dilakukan sekali sebulan.

Walau bagaimanapun biasanya webside seperti Xoom, Tripod dan Geocity juga mempunyai firewall untuk mempertahankan sistem dan semua laman web ahli mereka daripada dicerobohi. Begitu juga dengan server yang menyediakan perkhidmatan e-mail percuma seperti Yahoo, Hotmail, dan MailandNews

Kelemahan Firewall Atas
Walau bagaimanapun, program tetap program. Sesuatu yang dibuat sendiri oleh manusia mesti ada kelemahannya. Bukan semua firewall mampu menangkis semua jenis trojan/virus. Contohnya Jammer tidak mampu mengesan NetBus satu jenis trojan seakan-akan Backorifice. Terdapat berpuluh-puluh ribu jenis trojan/virus di dunia ini yang boleh digunakan untuk merosakkan komputer.

Hampir setiap hari ada saja trojan baru yang dicipta. Contoh paling terkini adalah virus CIH dan trojan Melissa. Malah sistem windows95 sendiri dikatakan mempunyai "bug" iaitu satu arahan yang dapat digunakan sebagai trojan. Mereka hanya perlu mengaktifkan arahan tersebut sahaja untuk melumpuhkan pc anda.

Para hackers juga telah mencipta program-program yang ternyata berkesan untuk membantu mereka melakukan hacking. Program-program yang dianggap mudah dan remeh oleh sesetengah orang seperti Aggresor, WWWHack, Ftp_Hack dan HackTec telah beberapa kali berjaya menembusi pertahanan banyak laman web di seluruh dunia.

Program Aggressor yang mempunyai saiz 2.8 MB (tidak sampai 2 disket biasa) contohnya telah digunakan untuk menembusi pertahanan ketenteraan Amerika yang dikhabarkan sangat canggih. Apa yang lebih mengejutkan pihak ketenteraan Amerika tidak dapat mengesan siapa yang bertanggungjawab melakukannya