Apa benda tu Multimedia?

Multimedia tu apa ek! sejenis binatang kot hihih..takder a tapi
merujuk kepada enam elemen dalam multimedia. keenam-enam elemen
itu adalah teks, grafik, animasi, audio, video, dan interaktif.
Itu secara ringkasan dan rumusan ok.

Walaubagaimanapun banyak pakar-pakar telah mendefinisiakan maksud
sebenar multimedia ni, sampai botak kepala mereka..hihihi..salah
seorangnya ialah Gayeski (tahun 1993) beliau mendifinisikan
multimedia sebagai suatu kumpulan media berasaskan komputer dan
sistem komunikasi yang berperanan membina, menyimpan, menghantar,
dan menerima informasi berasaskan teks, grafik, audio, dan sebagainya.

tapi si Ron White (tahun 1996) telah mendifinisikan multimedia
sebagai paparan maklumat yang boleh berkomunikasi dengan bantuan
beberapa alat tambahan khasnya dalam komputer seperti pemacu
cakera padat, perakam suara, pembesar suara, kad audio dan beberapa
perisian menggunakan cakera padat.

Pening ek, ok secara amnya, maksud multimedia ialah suatu proses
komunikasi interaktif berasaskan komputer yang merangkumi penggunaan
media audio visual seperti teks, grafik, audio, video, dan animasi.